Jumaat, 7 Jun 2013

KAEDAH PAGAR RUMAH & KAMPUNG

assalamualaikum..buat semua pembaca blog ritequtara dan semua sahabat2 RITEQ serta GURU RITEQ yang dikasihi...mudah-mudahan sentiasa berada di bawah payungan rahmat Allah...

Dengan rasa rendah hati, suka saya kongsikan satu ilmu yang telah di terima oleh seorang guru saya dari Paksu Mid bukit tembaga dan telah diperturunkan kepada saya. Ilmu ini adalah kaedah pagar rumah atau kampung. teknik ini amat mudah dan boleh di ikhtiarkan sendiri...

1. Sediakan 4 batang paku yang bersaiz 4 inci keatas(paku besar)
2. Bacakan surah Al Fatihah (sebaiknya 7 kali) pada semua paku
3. bacakan ayat 15,16,17 surah attoriq (m/s 591) sebanyak 25 kali pada setiap paku. maksudnya paku pertama 25, paku kedua 25 paku ketiga 25 dan paku keempat 25.bukan baca satu persatu tetapi ke tiaga-tiga ayat ini di gabung menjadi satu.
إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًا (15) وَأَكِيدُ كَيْدًا (16)
 فَمَهِّلِ الْكَافِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًا (17)
4. Doa kepada Allah agar ikhtiar kita ini dijadikan pagar dari khianat manusia & jin serta yang boleh memudoratkan kita.(terpulang kepada diri masing-masing dalam berdoa)
5. paku tersebut di pacak 4 penjuru rumah. Peringatan!!!... sebelum memacak paku tersebut adalah lebih baik azan terlebih dahulu di dalam rumah dan arahkan makhluk-makhluk yang tidak diundang keluar kerana dibimbangi mereka akan terperangkap di dalam rumah.  Sesudah memacak keempat-empat paku tersebut, berserahlah kepada Allah. Mudah-mudahan Allah sentiasa Pelihara rumah serta hata benda kita.

SELAMAT BERAMAL....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan