Isnin, 11 Februari 2013

SAKA YANG SETIA

Assalamualaikum..alhamdulillah ..segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mengurniakan kehidupan dan kesihatan yang baik buat kita semua.Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad saw, rasul yang wajib kita kasih dan sayang serta mengikut sunnah2nya.

Minggu  lepas ada seorang sahabat baik yang sedang talaqqi al Quran secara bersanad dengan saya mengadu yang mak dia selalu sakit2. lama dah sakit tu..rata tempat dah berubat tapi lega sat..pastu jadi balik.sahabat saya ni kata mak dia ada saka sebab setiap kali buat rawatan mak dia akan kerasukan. dia juga seorang perawat tetapi hanya belajar tak pernah praktikal buat rawatan. Saya pun berjanji dengan dia untuk cuba ikhtiarkan dengan syarat dia yang rawat dan saya hanya membantu. Din pun setuju.semalam 11.02.13 kebetulan saya ada kelapangan masa, kami pun mengatur waktu untuk buat rawatan.saya ditemanai rakan perawat yang setia farid menuju ke  rumah pesakit yang berada di kg guar kepayang.

9.45 mlm kami mulakan rawatan.mula2 anak pesakit (din) ambil tempat dan mulakan rawatan.ni la praktikal dia yang pertama.Din pun mulakan dengan ruqyah.al fatihah di baca, bila sampai ayat qursi di baca, pesakit kerasukan, dia pun menepis tangan Din yang di letak diatas kepala.Tiba2 dia jadi marah.lalu jin tu pun kata :
saka: depa ni suka kacau sungguh, banyak dh hat depa bawak mai, baru ni hat perak, ni mai pulak dua orang.
saya pun tak tahan tengok.saya terus mengadap pesakit tersebut. lalu saya tanya:
saya: hang islam ka kafir
saka: aku kafir.
saya: saya di minta oleh tuan tubuh serta suami dia untuk keluarkan kamu dari tubuh ni.
saka: aku tak mau.
saya: ok dengar saya nak kata, saya tawarkan kamu islam
jin: aku xmau dengar,aku xmau dengar,aku duduk sini lama dah.ornag dulu2 suruh aku dok sini jaga kampung ni.mu tau apa. mu bodo. masa aku mai dok sini mu ,ngan anak cucu dia pun tak dak lagi,
saya:ok dah mu kata aku bodo, mu pun bodo juga,buat pa mu dok susah diri dok dalam badan dia sedangkan orang lain bebas,jin tu pun diam sat.
saka: ikut suka aku la.dah depa suruh aku dok sini, aku duduk la,
saya: depa tu sapa. orang yang buat perjanjian dengan mu tu semua dah mati.depa pun pindah g dalam kubur  dah.mu ya tax ceredik dok tuggu sini lagi.saya tawarkan kamu islam dan kamu keluar .insyaAllah allah akan gantikan tempat untuk kamu lebih baik pada sini.
saka: aku tak mau, aku tak mau.aku nak dok sini juga.
saya: baik, saya akan mohon pada Allah agar sakitkan kamu kerana kamu ketegaq sangat, lalu saya baca ayat qursi dan mohon Allah bagi dia pengajaran dengan hujan Api. mengeliat dia sebab tahan sakit. dia pun cuba sakitkan saya. nasib la anak dia bantu.lalu saya katakan pada jin tu: aku tau, mu boleh ada sini dengan sebab tok nenek depa ni ambik mu dengan perjanjian.ikat mu dengan perjanjian.
saka: mu pandai, mu pandai, betoi, depa ambik dengan perjanjian. depa pun lama dah tak jamu aku makan, dulu depa jamu telur,pulut kunyit,ayang panggang,bertih.la depa ni tak jamu dah
saya: orang dulu jahil, x reti hukum hakam. depa ni orang mengaji, sbb tu depa x buat dah benda2 tu.sekarang saya tawarkan kamu islam dan kamu keluar.atau aku akan sakitkan kamu.
saka: aku tak mau keluar, aku tak mau islam.aku nak dok disini saja, mu tau apa aku lama dah dok sini.aku tua dah,aku ngaji semua.depa dulu ajar aku ngaji, ajar aku sembah tokong.aku tak mau keluar jugak.
saya: baik ,la ni mu rasa, mu ka hebat, ayat allah ka hebat. saya pun bacakan ZINK.tiba2..........jeng-jeng-jeng..lampu tempat kami merawat terpadam.kat ruangan lain tak terpadan. saya kata dlam hat..pandai jin ni..dua kali lampu terpadam. jin tu kesakita,.dia menggosok-gosok badan dia sebab sakit.bila saya selesai baca ZINK dia pun kata:
saka: mu pandai, mu pandai.pandai sungguh budak ni,
saya: terdetik dalam hati jin ni nak bagi aku lalai ni....kemudian saya minta farid batalkan perjanjian jin tersebut dengan tuan dia yang dulu2.bila semua sudah terbatal kemudian jin tersebut agak berlembut.lalu keluar dari mulut dia :
saka: aku nak keluaq ka tak tau. sat aku pikiaq dulu, dia diam seketika. selepas tu dia kata: kalau aku keluar sapa nak jaga kampug ni,sapa nak jaga anak cucu depa ni,dulu depa kata selagi ada langit ngan bumi ni hang jangan pi mana2. jaga kampung dan orang2 hat dok dalam kampung ni.
saya: Allah akan jaga depa semua.anak2 dia pun dah besaq dah..depa pandai la jaga.
saka: ya ka. ni sapa nak jaga ni.
saya: tu suami dia ada.
saka: orang tua tu bukan larat dah.tua dah..aku tak percaya kat dia.
saya: Din jaga. dia kemas lagi.Allah jaga depa
saka: hang mai sini.aku serah kat kg ni..jaga elok2.
saya: ok dia setuju dah tu.saya tawarkan kamu islam dan kamu keluar.insyaAllah nnt Allah akan gantikan tempat yang lebih baik buat kamu.
saka: nak islam ka dak ha..sat aku nak pikiaq sat. erm xpa la aku masuk islam.tapi aku tak reti pa.
saya: baik, saya ajar kamu syahadah.saya pun ajarkan syahadah dan dia pun ikut bersyahadah.
lalu saya mintak dia keluar apabila saya azan.pesakit pun rebah dan tertidur.sebelum keluar saka tersebut berpesan kepada saya agak buat air untuk bersihkan perut pesakit sebab dah lama dia duduk dalam perut pesakit.sebenarnya dialog terlalu panjang. hampir 3 jam saya pujuk saka tersebut.Alhamdulillah..akhirnya saka tersebut keluar. mudah2an pesakit akan sembuh sepenuhnya dengan izin Allah.

banyak hikmah yang saya perolehi dalam merawat. setiap yang berlaku jika kita fikirkan dan kita cari hikmahya pasti kita kan mendapat sesuatu yang berharga.setiap kali rawatan kita akan jumpa kebuntuan,kebuntuan akan membuat kita bergantung harap yang kuat dengan Allah kerana kita akan tahu bahawa kita lemah dalam segala hal kecuali dengan izin dan pertolongan dari Allah yang maha berkuasa.masih banyak yang perlu kita prlajari dan masih banyak yang akan kita temui. kata seorang guru saya, SEMAKIN BANYAK KITA BELAJAR, SEMAKIN BODOH LAH KITA KERANA MASIH BANYAK BENDA YANG KITA TIDAK TAHU, LEBIH BAIK MERENDAH DIRI MENJADI MURID DARI MENJDI GURU, KERANA MURID AKAN LEBIH PANDAI DARI GURU,KERANA MURID AKAN SENTIASA MENCARI,
 sama2lah kita renungkan......mudah2an ada manfaatnya.

dicatat oleh:
khairrul anwar
pada :12.02.13
jam 10.44 pg