Selasa, 1 Januari 2013

PENGENALAN

Assalamualikum....
Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah...segala puji bg Allah yang maha pengasih...dialah Allah yang mempunyai sifat-sifat kepujian dan tidak ada sedikitpun kekurangan....selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW penghulu kepada segala nabi dan rasul...Dialah rasul yang kita sentiasa rindui ....

Alhamdulillah..syukur kepada Allah, dengan izin darinya saya yang lemah ini dapat menunaikan permintaan dari guru saya Shahnon bin  Ahmad untuk mengadakan blog sendiri bagi memudahkan perkongsian ilmu...Dengan kedaifan ilmu saya mula belajar sedikit demi sedikit untuk menjayakan blog ini...Setelah berfikir sekian lama, lalu saya namakan blog ini dengan nama RITEQ ALOR SETAR(RAWATAN ISLAM) mengambil sempena nama blog guru saya RAWATAN ISLAM TERAPI QOLBU (RITEQ). Mudah-mudahan dengan wujudnya blog ini, dapatlah kita sama-sama berkongsil ilmu yang berguna bagi  kita di dunia dan di akhirat, insyaAllah....

Terima kasih buat guru tersayang yang banyak mendorong saya untuk mewujudkan blog ini dan banyak mengajar saya tentang ilmu yang berkaitan perubatan islam.juga tidak lupa kepada semua guru-guru yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya yang serba kekurangan ini.Mudah-mudahan dengan wujudnya blog ini saya dapat menambah ilmu pengetahuan dan berkongsi serba sedikit apa yang saya pernah pelajari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan